CARA PEMAKAIAN Tabita Original:
CARA PEMAKAIAN YG BETUL UTK MEMPEROLEHI HASIL YANG MAKSIMA
CARA-CARANYA (untuk pengguna baru tabita) :-
Pagi :-Cuci muka dan leher dengan Facial Soap bersih2 secara merata, lalu dibilas.
Sapukan Smooth Lotion yang sudah di tuang diatas kapas tipis kira-kira 2-3 titis
Usapkan ke wajah dan leher dengan perlahan secara merata (jangan digosok / ditekan).
Setelah merata, dlm keadaan lembab, pakai Daily Cream pada siang hari secara rutin
Tengahari @ Petang :-
Cuci muka dan leher dengan Facial Soap bersih2 secara merata, lalu dibilas. Pakai Daily Cream sahaja.
Malam :-
Cuci muka dan leher dengan Facial Soap bersih2 secara merata, lalu dibilas.
Sapukan Smooth Lotion yang sudah di tuang diatas kapas tipis kira-kira 2-3 titis
Usapkan ke wajah dan leher dengan perlahan secara merata (jangan digosok / ditekan).
Setelah merata, dlm keadaan lembab, pakai Nightly Cream pada malam hari secara rutin
TIPS Untuk lagi cantik…:)
BULAN PERTAMAPemakaian bedak @ apa2 produk selain tabita pada bulan pertama adalah tidak digalakkan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Jangan garu @ kopek kulit semasa proses pengelupasan berlaku.
Lipstik @ mekap mata boleh dipakai semasa proses pengelupasan berlaku.
Jika mempunyai masalah mata, seperti ‘eyebag’, lingkaran hitam bawah mata, dll digalakkan memakai Eye Cream, mata pun akan kelihatan lebih segar. Cara Pemakaian : sapu di sekeliling kawasan mata sebelum tidur. Facial soap akan mudah beku jika berada dalam suhu sejuk, hanya rendamkan botol didalam bekas yang mengandungi air panas, beberapa minit kemudian ianya akan cair kembali. Ini berlaku disebabkan oleh extract buah betik yang terdapat dalam botol
BULAN KEDUA
Selepas sebulan, pemakaian bedak @ apa2 produk lain dibolehkan seperti biase.
Boleh mencuba Serum Vit E Tabita Skincare. Serum Vitamin E ini bagus untuk kulit yang telah melalui proses peeling dan kesannya adalah membuat kulit nampak halus, bersinar, awet muda, cerah, dan tegang. Cara Pemakaian :- waktu malam, cuci muka dengan facial soap, sapu toner, ambil sedikit serum sapu ke muka dan leher, setelah 2 jam, bilas dengan air suam, lalu disapu Nightly Cream, pki 2 @ 3 x seminggu untuk mendapatkan hasil maksima.
BULAN KETIGA
Bagi masalah jerawat, setelah 3 bulan tetapi masih mengalami masalah jerawat, bolehla mencuba Acne Cream yang berfungsi untuk menghilangkan jerawat. Cara Pemakaian :- hanya sapu di jerawat di waktu malam sebelum tidur. Bagi yang berumur 35 tahun ke atas pula, digalakkan mencube Special Cream. Merupakan Cream lanjutan setelah 3 bulan memakai product asas Tabita Skincare. Special cream bertindak sebagai anti penuaan yang terdiri dari vitamin yang memberikan nutrisi pada wajah dan untuk melembabkan dan mengembalikan kekenyalan kulit. Apabila kelembaban kulit terjaga maka, kadar air dalam kulit akan bertambah sehingga kulit wajah akan terhindari dari munculnya kerutan. Digunakan 2x dalam seminggu berselang seli sebagai pengganti Nite Cream.
Selepas 3 bulan, warna kulit pun dah sekata (tiada beza warna antara kulit muka dan leher), boleh kurangkan penggunaan Smooth Lotion, pakai di waktu malam sahaja.
REAKSI SELAMA PEMAKAIAN TABITA
Pada minggu pertama, muka akan terasa perih, ketat, gatal, diikuti dengan pengelupasan (biasanya dalam 10 – 20 hari, bergantung kepada jenis kulit). Dalam keadaan seperti ini tidak digalakkan untuk menggaru atau sejenisnya yang dapat mengakibatkan wajah menjadi luka.Bila terasa perih atau gatal cukup ditekan secara perlahan dengan menggunakan tissue atau kapas yang bersih dan lembut. Pemakaian produk harus terus dilakukan / jangan dihentikan.
Setelah pengelupasan di wajah telah merata maka gatal akan hilang dengan sendirinya. Pengelupasan yang agak lama biasanya pada daerah hidung dan mulut, hal ini disebabkan kerana lubang pori-pori pada daerah tersebut lebih besar dan banyak dibandingkan daerah lainnya. Setelah minggu ke IV dan minggu ke V wajah akan berubah, lubang pori-pori telah mengecil,wajah memutih dan tidak ada lagi keluhan.
SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA